ANDA KLIK? TERIMA KASIH :)

Wednesday, 6 May 2015

bajet kecil untuk majlis pertunangan ( PART 1)

assalamualaikum :)

tajuk memang kena skema nak mampus. senang kalau kalau orang gugel terus masuk blog aku. hahahaha.

okay berbalik kepada bajet tunang, aku rasa yang aku ni paling bajet, paling simple lah. ye lah aku student mana nak cari duit buat besar besar lagipun aku kat kampung buat ala kadar je lah.

1. pakaian ( RM 132 )

- baju dan veil guna kain yang sama. chiffon ja. pastu p upah suruh kak tu pasangkan lace2 tu kat bawah. patutnya letak sequin sebab tengah in sekarang tapi mahal. so x payah.

chiffon 6 meter : RM7 X 6 = RM 42
upah                  : RM60
lace  1 meter     : RM 15 ( beli kat jalan tar)

- tudung pulak aku guna bawal kangaroo ja sebab x reti lah aku nak belit belit. hoih.

tudung : RM 5
pin       : RM 10

- semua jadi hak milik sendiri




2. bunga tangan ( RM 20)

- yang ni pon gedik nya amboi nak jugak. yang kat butik x cantik jadi aku g kedai bunga, sroh org tu buatkan elok2.



3. pelamin (RM 178)

- buat jugak pelamin. tapi simple ja. buat sendiri. ayah aku x bagi nak sewa sewa. yang buat sendiri ni pon dia pon ayah x bagi tapi cakap untuk tangkap gambar sebab malas nak siapkan bilik.

- kain latar tu p beli yang murah2 pastu bunga n bantal tu mintak sepupu aku sewa kat kawan dia. ( tapi ada drama banyak ni). karpet pon pakai yang ada kat rumah ja. jimat.

kain latar 10 meter    : RM 2.8 X 10 = RM 28
sewa bunga n bantal : RM 150

bersambung ~

No comments:

:)