ANDA KLIK? TERIMA KASIH :)

Monday, 1 June 2015

bajet kecil untuk majlis pertunangan ( part 2)

assalamualaikum :)

bersambung dari entry lepas. part 1

4. hantaran (RM 200++)

- untuk hantaran ni bincang bincang mula dengan encik zakwan dia cakap 3 balas 5. kalau x bagi pon x pa tapi aku nak. biar lah kan. hahahaha

- CUPCAKE RM 100-150. padan muka biar lama sangat aku dah lupa.

  


 untuk orang area alor star/ kedah boleh la tempah kat kak syima kek lawa lawa camni.

- COKLAT RM 17.++


- BAHULU IKAN RM 10



- CUPCAKE COKLAT (free)

ni kawan mak aku tolong buat.


- KUIH LOYANG (free)

ni pon makcik yang sama buatkan.



- dulang sewa jugak, pastu nak mintak tolong orang buatkan hiasan, dah jadi drama jugak. lastnya p ja kedai bunga, sroh orang kedai buat. jadilah hantaran koboi. T______________T

sewa dulang  : RM 5 X 5 = RM25
bunga hiasan : RM 50

5. makanan 

bab makanan semua duit ayah. jadi x amek tau pon berapa kos. kalau tanya nanti ayah mintak duit, nak bayar dengan apa kan. haha

6. make up

xda mekap mekap. aku kan memang cantik, aku pakai bedak sendiri ja. sudah. kalau mekap cantik2 tu range harga RM 100- RM 150. kalau hampa cari kena lebih tu mahallah untuk majlis bertunang.

7. photographer

pon xda. tangkap sendiri ja guna kamera fon. duit simpan untuk majlis nikah nanti. yang ni pon kalau hampa cari range harga RM 400 - RM 700 untuk majlis tunang. kalau lebih tu mungkin majlis hampa grand lah kot. 

tu je lah serba sikit bajet. kot kot sapa nak bertunang nak buat simple2 boleh la tengok2. sapa2 nak pinjam ka veil yang x seberapa tu pon boleh. haha

babai ~

No comments:

:)